Yang memberi lebih baik dari yang menerima

Apabila kita diberi kelebihan harta dan rezeki, ia bukanlah untuk kita mewah berbelanja, tetapi untuk kita lebih memberi. Di sebalik kemelut ekonomi yang tidak menentu di negara kita, tidak dinafikan rakyat Malaysia sememangnya pemurah dan baik hati. Kemurahan hati rakyat Malaysia diiktiraf oleh Indeks Bantuan Dunia dengan menduduki tangga ketujuh berbanding 135 negara lain di seluruh dunia menerusi sumbangan derma dan kerja-kerja kesukarelawanan.  Memang kita patut dipuji. I’m proud to be Malaysian. Kenapa? Banyak sebenarnya sumbangan rakyat kita bukan sahaja di dalam negara bahkan juga di luar negara.

shutterstock_329926214Disebabkan hal ini, tidak hairanlah badan-badan kebajikan mahupun orang perseorangan di Malaysia sentiasa mendapat sokongan masyarakat dalam setiap aktiviti-aktiviti kebajikan yang dijalankan. Bahkan, tidak dinafikan ada juga pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan keprihatinan orang ramai. Ataupun, bersikap prejudis untuk menghukum dan menilai sesuatu tanpa usul periksa.

Kita ambil contoh, tuduhan tidak berasas yang diterima oleh pihak McDonald’s Malaysia terhadap aktiviti-aktiviti kebajikan yang mereka jalankan. Tuduhan tersebut mengatakan McDonald’s Malaysia menyumbang kepada Israel melalui satu badan yang dikenali sebagai Jewish United Fund (JUF) melalui program “Matching Gift”.

Matching Gift Program hanya di AS

Tak susah menangkis tuduhan sebegini. Memang benar Matching Gift Program ini membantu pelbagai pihak khususnya golongan kurang bernasib baik. Tetapi, harus diingat bahawa Matching Gift Program ini hanya dijalankan oleh McDonald’s Amerika Syarikat sahaja dan tiada kena mengena dengan McDonald’s Malaysia. JUF adalah satu dari banyak badan-badan kebajikan  di Amerika Syarikat  yang berhak untuk menerima derma. Menerusi “Matching Gift”, setiap jumlah wang yang disumbangkan oleh kakitangan McDonald’s Amerika Syarikat kepada mana-mana badan kebajikan pilihan mereka akan dipadankan oleh pihak syarikat dengan jumlah yang sama.

Habis tu di mana McDonald’s Malaysia menabur bakti?

Di Malaysialah! Mana lagi? McDonald’s sangat mementingkan aktiviti khidmat masyarakat sebab bagi mereka, perkara sebegini mampu menyumbang kepada kelangsungan dan kelestarian produk McDonald’s itu sendiri termasuklah makanan yang dihasilkan, khidmat pelanggan, kesan persekitaran, sumber manusia bahkan juga komuniti setempat.

Di Malaysia, aktiviti-aktiviti kebajikan McDonald’s juga dilakukan menerusi Rumah Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dengan pelaksanaan beberapa program khusus. Selama lebih 25 tahun, RMHC Malaysia telah berjaya menyumbang lebih daripada RM11 juta untuk membantu 20,000 kanak-kanak kurang bernasib baik di negara kita.

Rakyat Malaysia sewajarnya menimbangkan kebaikan yang didatangi usaha berterusan pihak McDonald’s untuk menyokong kehidupan rakyat kita sendiri yang kurang berkemampuan. Terima kasih juga diucapkan kepada rakyat Malaysia yang tidak pernah jemu menyumbang derma di tabung kebajikan yang ada setiap kali kita buat pembayaran di depan kaunter McDonald’s.

Selain daripada itu, McDonald’s Malaysia juga menyumbang lebih daripada RM900 ribu kepada pelbagai rumah kebajikan di negara kita menerusi kempen ‘Prosperity Gives Back’ yang mula diperkenalkan pada tahun 2011. Lagi, baru-baru ini McDonald’s Malaysia juga bekerjasama dengan pihak TV9 bagi menjayakan program hiburan sekeluarga iaitu Lari Bersama Prosperity di mana pemenang bagi rancangan ini berpeluang memberi sumbangan kepada rumah-rumah kebajikan yang dipilih.

Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan aktiviti kebajikan yang dijalankan oleh McDonald’s Malaysia, boleh baca artikel di bawah: