McDonald’s untuk semua

Siapa tak kenal McDonald’s? Banyak sebenarnya yang kita tak tahu tentang restoran McDonald’s di seberang jalan rumah kita tu. Selain menjadi jenama perkhidmatan makanan segera terkemuka dunia, McDonald’s banyak membantu dalam perkembangan karier terutamanya anak muda yang baru nak bertapak.

Siapa pemilik McDonald’s?
Di tengah-tengah spekulasi tentang siapa sebenarnya pemilik McDonald’s, ia sebenarnya persoalan yang tak patut digembar-gemburkan pun. Sebagai syarikat tersenarai awam di Bursa Saham New York sejak tahun 1965, pemilikan McDonald’s adalah mengikut pegangan saham. McDonald’s mempunyai lebih daripada 1.8 juta pemegang saham sehingga Mac 2014 dimana tiada seorang pun antara mereka ini yang memegang lebih daripada 10% pegangan saham. Maknanya kita sendiri pun boleh jadi pemilik McDonald’s kalau nak dan berkemampuan.

Mahu pasti mampu

McDonald’s memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 69 juta pelanggan setiap hari di 36,000 cawangan restorannya di seluruh dunia. 80% daripada jumlah cawangan restoran McDonald’s ini dimiliki dan dikendalikan oleh pemilik francais yang terdiri daripada usahawan tempatan di negara-negara berkenaan. Mereka ini sentiasa peka dalam mengatur strategi bagi memenuhi permintaan pasaran bahkan sentiasa berusaha untuk memperkembangkan lagi potensi perniagaan mereka.

Lebih kurang 70 daripada lebih 260 buah restoran McDonald’s di Malaysia dimiliki dan dikendalikan oleh usahawan tempatan secara francais. Selain daripada itu, McDonald’s Malaysia turut berurusan dengan lebih daripada 400 pembekal tempatan. Apa yang lebih menarik, pembekal utama McDonald’s di Malaysia iaitu MacFood Malaysia, turut membekalkan hasil keluaran mereka ke 14 buah negara lain di rantau Asia Pasifik dan Timur Tengah.

Segalanya ada di sini

Bagi 12,000 kakitangan McDonald’s di seluruh Malaysia, McDonald’s bukan sekadar tempat mencari rezeki bersama rakan-rakan. Menurut Nur Qaisara Aisyah yang berasal dari Sabah, McDonald’s memberikan beliau ruang dan peluang untuk berjaya. Siapa sangka permohonan bekerja di McDonald’s sebagai pengurus pelatih akhirnya melayakkan beliau menyandang jawatan sebagai pengurus restoran dalam tempoh masa singkat, empat tahun sahaja. Kalau anda nakkan penasihat kerjaya, bekas graduan psikologi Universiti Malaya ini sedia membantu!

“Saya sangat seronok bekerja dengan anak-anak muda di sini. Mereka buat saya pun rasa muda!” seloroh beliau. “Pasukan saya terdiri daripada pelbagai umur dan latar belakang, secara tak langsung saya juga boleh mengaplikasikan pengetahuan psikologi dan kaunseling saya di sini,” tambah beliau lagi. Banyak lagi kisah kejayaan yang boleh dikongsikan lebih-lebih lagi oleh mereka yang berjaya sebagai pengurus restoran seperi Nur Qaisara Aisyah.

Pegawai Kanan RMHC, Norazizan A. Manaf (Kiri) dan Ahli Jawatankuasa RMHC, Mohd Azmi Jusoh (Kanan) memakai pakaian baru baju melayu kepada dua pasangan kembar, Muhammad Azwa Syahman Kamarudin, 12 (Dua kanan) dan Muhammad Afiq Syahmi Kamarudin, 12 (Dua kiri) semasa majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia dan McDonald’s Kuala Terengganu.NSTP/ASWADI ALIAS.

Pelanggan saya, sahabat saya

Bagi pemilik restoran francais seperti Azmi Jusoh pula, perniagaan yang dijalankan bersama McDonald’s membolehkan beliau menyumbang lebih banyak kepada masyarakat. Para pelanggan beliau mengenali beliau sebagai seorang yang prihatin dan baik hati. Beliau banyak terlibat dalam aktiviti kebajikan termasuklah bantuan kepada mangsa banjir, pembinaan taman permainan di Pusat Jagaan Harian Kanak-kanak Istimewa di Marang, sumbangan katil untuk pesakit kanser bahkan juga membawa anak-anak dari golongan kurang bernasib baik pergi membeli-belah.

“Kebanyakan daripada pelanggan tetap saya terdiri daripada komuniti setempat yang juga kenalan saya sepanjang membesar di Kuala Terengganu ini. Saya dan isteri juga selalu meluangkan masa bersembang dengan pelanggan supaya mereka berasa selesa dan seronok setiap kali berkunjung ke restoran kami,” kata Azmi. “Kami menganggap setiap pelanggan sebagai kawan dan sangat berbesar hati menerima kunjungan mereka.”

Jadi, tunggu apa lagi? Singgahlah sekejap di mana-mana restoran McDonald’s kegemaran anda dan beritahu mereka yang anda berasa gembira dengan perkhidmatan yang diberikan – rasa selesa macam di rumah sendiri!

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pemilikan McDonald’s, bolehlah berkunjung ke beberapa laman di bawah: