Kenyataan Tentang Product ‘Quarter Pounder™ with Cheese’

KENYATAAN TENTANG PRODUK ‘Quarter Pounder™ with Cheese’

Merujuk kepada mesej yang disebarkan di media social tentang penghentian penjualan produk ‘Quarter Pounder™ with Cheese’ di restoran-restoran McDonald’s ekoran “tindakan oleh JAKIM”, kami ingin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ini dan menegaskan bahwa dakwaan itu adalah palsu dan tidak berasas. ‘Quarter Pounder™ with Cheese’ merupakan salah satu produk yang kini dihentikan penjualannya secara berperingkat di restoran-restoran kami di seluruh negara, dalam usaha untuk menyelaraskan rangkaian menu kami bagi membolehkan pengenalan produk-produk baharu di masa hadapan. Kami ingin memberi jaminan kepada para pelanggan bahawa kesemua produk kami dijamin 100% Halal oleh JAKIM atau badan-badan pensijilan Halal yang diiktiraf oleh JAKIM.

Berkenaan dengan produk daging lembu McDonald’s, kami ingin menjelaskan bahawa kepingan daging lembu kami diperbuat daripada 100% daging lembu yang diperoleh daripada pusat-pusat penyembelihan di Australia, New Zealand dan Brazil yang diluluskan olek JAKIM dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Seperti kesemua produk kami yang lain, produk-produk daging lembu ini juga disahkan 100% Halal. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang komitmen teguh McDonald’s Malaysia terhadap aspek piawaian dan pematuhan Halal, sila layari http://www.mcdonalds.com.my/food/halal.

Kami juga ingin menekankan bahawa McDonald’s Malaysia berhak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang menyebarkan dakwaan-dakwaan palsu tentang produk-produk kami.

Pihak Pengurusan McDonald’s Malaysia

Anda juga boleh merujuk kepada pautan berikut: