Bela nasib OKU

Bela nasib OKU

Bagi Nor Hidayah Mat Zin yang dilahirkan dengan Down’s Syndrome (Sindrom Down) yang juga telah menjejaskan proses pembelajarannya, beliau membuktikan bahawa keadaan ini tidak pernah menjadi penghalang untuk beliau mengecap kejayaan dalam hidup. Hampir setahun setengah berkhidmat sebagai kru lobi sepenuh masa di McDonald’s, beliau bertungkus-lumus menjaga kebersihan restoran bagi memastikan keselesaan dan kepuasan para pelanggan.

Dengan kesungguhan yang ditunjukkan, gadis istimewa ini telah berjaya memperoleh anugerah kru lobi terbaik bagi tahun 2015 di restoran tempat beliau bekerja. Pencapaian yang cukup membanggakan ini membuktikan bahawa kejayaan adalah milik sesiapa sahaja yang sentiasa gigih berusaha untuk memajukan diri.

Apabila ditanya tentang motivasi kerja beliau, Hidayah mengatakan bahawa rakan-rakan sekerja adalah tunjang kekuatan untuk beliau. Hidayah berasa cukup bertuah dan gembira mempunyai rakan-rakan dan pengurus yang sangat memahami malah sentiasa memberikan sokongan bagi membolehkan beliau menyesuaikan diri dan melaksanakan tugasan dengan baik. Hidayah berharap untuk terus bekerja di sini selagi termampu.

Sebagai syarikat yang mementingkan kepelbagaian latarbelakang dalam pengambilan kakitangan, sehingga kini McDonald’s Malaysia mempunyai lebih daripada 100 orang kakitangan dari golongan kelainan upaya (OKU) termasuklah mereka yang mengalami masalah pendengaran, masalah penglihatan, bisu dan juga autism. Malah, McDonald’s juga bekerjasama dengan pelbagai organisasi lain bagi memberi peluang pekerjaan kepada golongan OKU seperti Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bukan itu sahaja,

McDonald’s juga mempunyai tiga orang pelatih bertauliah yang bertanggungjawab menentukan kesesuaian skop tugasan untuk kakitangan OKU yang bekerja di restoran-restoran seluruh negara.
McDonald’s berharap agar segala usaha yang dilakukan ini mampu menarik lebih ramai golongan istimewa seperti Hidayah untuk bekerja dan menonjolkan potensi diri masing-masing demi menikmati kehidupan yang lebih bermakna.

Kisah selanjutnya di sini