Sejenak

Sejenak kita renung. Konflik dunia yang tak berkesudahan. Ya, realitinya sakit, pedih, pahit. Siapa kata manis?! Negara bergolak, perang sana sini, harta benda musnah, nyawa melayang, keluarga berpecah-belah, kebuluran… lagi dan lagi yang memang kalau disenaraikan tak terkira banyaknya.

Sedih rasanya bila memikirkan hakikat ini. Tapi, sedikit kebaikan yang dilakukan semestinya mampu membuahkan sinar kebahagiaan dan harapan.

Dalam semangat kekitaan yang membuak-buak di tengah-tengah konflik yang melanda, kadang kala kita terlepas pandang. Kita asyik mencari malah menuding kesalahan pada yang lain. Begitu mudah melampiaskan amarah berlandaskan pandangan sempit semata-mata. Begitulah jua yang terjadi terhadap McDonald’s Malaysia.

Dunia kita satu, gambar dipetik dari http://www.mcdonalds.com.my/our_people/careers/best-employer.aspx

Dunia kita satu

McDonald’s berpihak kepada Israel dalam konflik di Timur Tengah hanyalah tuduhan dangkal. Ya, kejayaan McDonald’s merentas sempadan – bertapak di lebih 100 negara, pekerjanya berbilang bangsa. Itu tak dapat dinafikan. Tapi itu tak bermakna McDonald’s menyokong konflik. Hidup ini tentang ‘kita’. Kita berkongsi dunia yang sama. Bukan ‘aku’, ‘dia’ atau ‘mereka’. Kenapa memilih  kepedihan kalau damai itu ada?

Tuduhan dangkal

Tuduhan dangkal lain termasuklah mengatakan McDonald’s Malaysia menyumbang dana dalam krisis Israel-Palestin. Tuduhan tak berasas!

Sebilangan besar kakitangan McDonald’s Amerika Syarikat menyumbang kepada Jewish United Fund (JUF) yang menyokong Israel, terus McDonald’s Malaysia pun menyokong Israel? Mana logiknya? Ini tak munasabah!

Kalau anda memerlukan pencerahan mengenai isu sumbangan, maklumatnya ada di pautan ini. Tambahan pula, sudah terang lagikan bersuluh bahawa McDonald’s tidak pernah membenarkan pemberian sumbangan kepada mana-mana organisasi yang memberi “Sokongan atau protes ataupun kedua-duanya sekali secara langsung mahupun tidak langsung terhadap sebarang kempen politik…”. Kalau nakkan maklumat lanjut berkenaan JUF dan tentera Israel boleh rujuk sini. Panjang lebar penjelasannya.

Mat Jenin?

Jauh di sudut hati, semoga semua konflik yang melanda ini kembali reda. Doa itu senjata. Yakin.

Sedikit halwa telinga sebagai penutup bicara – Assalamualaikum, Faizal Tahir.

Maklumat lanjut boleh klik link di bawah: