Dilatih mengurus francais dari tahun 2004, Azmi Jusoh telah dilantik sebagai pemilik francais McDonald’s pada tahun 2007. Lebih 8 tahun, Azmi kini adalah pemilik 2 buah restoran yang bertapak di Kuala Terengganu. Bukan sekadar berniaga, dia juga memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan – kini lebih 100 orang berkhidmat di restorannya. Penat lelah Azmi ternyata berbaloi apabila beliau dinobatkan sebagai Francaisi Antarabangsa Terbaik 2014 di majlis anugerah yang dianjurkan oleh Malaysian Franchise Association (MFA). Tontonilah video berikut untuk mengenali Azmi Jusoh dengan lebih dekat.
Comments (0)