Eh! Halal ke tak ni?

Apabila terfikir tentang McDonald’s, tentu sekali kita akan teringatkan makanan kegemaran kita. Baik Filet-O-Fish dengan roti bannya yang se-empuk bantal baru mahupun Chicken McNuggets keemasan yang rangup gila, hidangan McDonald’s turut membawa kembali pelbagai memori indah. Kita boleh terkenang kembali ke zaman universiti; ulangkaji sampai larut malam dengan rakan sebaya bersama hidangan kegemaran kita di restoran McDonald’s yang berhampiran (tambahan lagi, bilik ulangkaji kat uni takde aircon). Memang indah zaman itu.

Jadi memang hairanlah kita apabila terdengar desas-desus status halal McDonald’s dengan suka hati saja dipertikaikan oleh sebahagian masyarakat kita di Malaysia. Kita semua tahu bahawa isu Halal ini memang amat penting bagi masyarakat Islam , tapi kita tidak pernah ragu pun yang McDonald’s di Malaysia semestinya Halal.

Halal, McDonald's Malaysia, bersih, JAKIM,

Sedaaaaaap kan? gambar dipetik dari http://khairulryezal.blogspot.my/2016/01/jakim-iktiraf-mcdonalds-malaysia-halal.html#D5QM3GIrLj4AHqrD.99

Setahu kita, adalah jelas bahawa McDonald’s di Malaysia sememangnya mengutamakan hidangan makanan Halal. McDonald’s Malaysia bukan sahaja mengambil langkah yang ketat untuk memastikan semua produk yang diproses dan dikeluarkan mengikut pematuhan Syariah malah menjamin setiap proses dan pemeriksaan yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dipenuhi.

Pendek kata, McDonald’s memanglah 100% Halal di Malaysia. Ini memang kita yakin. Tapi kadang-kadang kerana nak buat kajian, kita pun Google sahajalah McDonald’s dan Halal untuk mendapat kepastian. Terkejut beruk kita apabila ternampak rumour ni hangat sekali – kopi pun ada, sos pun ada.

Google lagi kita barulah kita perasan bahawa tuduhan-tuduhan ini second hand semata-mata yang ditimbulkan berulang-ulang tanpa bukti yang sahih. Lebih-lebih lagi, pihak JAKIM pun dah menafikan khabar angin ini. Kalau ungkitkan lagi tanpa sebarang bukti, itu fitnah namanya. Old story, moving on.

100% Halal, dijamin Halal, JAKIM, McDonald's Malaysia

McDonald’s di Madinah, gambar dipetik dari http://khairulryezal.blogspot.my/2016/01/mcdonalds-di-madinah-negara-timur.html#JAeb1Avoc0KHfB4L.99

Lebih-lebih lagi mengikut pemahaman kita mengenai topik ini, status Halal itu memang bersifat keseluruhan – yang merangkumi kesucian dan kebersihan makanan dan segala-galanya yang berkaitan dengan penyediaan makanan tersebut; dari ruang memasak ke perkakasan ke kebersihan dan kesihatan tukang masak sekalipun.

Sebenarnya, McDonald’s Malaysia sememangnya menepati segala keperluan Halal yang ditetapkan pihak berkuasa. McDonald’s  merupakan restoran perkhidmatan segera yang pertama diiktiraf Halal di Malaysia. Di awal tahun 2013 tertubuhnya pula suatu Jawatankuasa Halal Dalaman yang dianggotai oleh Ahli Lembaga Pengarah dan ahli-ahli yang mewakili pelbagai fungsi berlainan di McDonald’s.

Pokoknya, kita yakin bahawa McDonald’s di Malaysia sememangnya HALAL. I mean, kalau McDonald’s pun dah sekian lama bertapak di tanah suci Madinah, apa lagi yang perlu diragui? Kalau nak tahu lagi dengan lebih lanjut mengenai cerita ini, kita cadang pembaca terus ke pautan yang berikut: